Sunday, August 29, 2010

Pengukuran fleksibiliti


Pengenalan
            Kajian terkini menunjukkan bahawa aktiviti fizikal ialah antara salah satu faktor utama dalam mengekalkan kesihatan yang baik (corbin & Pangrazi, 1993). Program aktviti fizikal (senaman) adan sukan adalah bentuk pergerakan manusia yang sering digunakan untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Pergerakan manusia mustahil tanpa komponen kecergasan yang dinamakan fleksibiliti. Kebanyakan senaman berkait rapat dengan program sukan bagi memperkembangkan komponan fleksibiliti kerana fleksibiliti dianggap penting bagi menjalankan pergerakan atau aksi yang selamat dan efektif. (Knudson, 2000).
            Fleksibiliti bermaksud keupayaan sendi bergerak pada julat yang maksimum. Perbezaan tahap fleksibiliti seseorang individu itu bergantung kepada karakteristik fisiologi masing-masing yang mempengaruhi ekstensibiliti otot dan ligamen pada sendi (Baumgartner, 2003). Guru pendidikan jasmani bersetuju bahawa ada tahap dan jenis fleksibiliti diperlukan, tetapi julat fleksibiliti yang diinginkan belum lagi ditentukan.
          Menurut Holt et al (1996) di dalam jurnal Presedent’s Council on Physical Fitness and Sports,Richest Digest, fleksibiliti bermaksud nilai intrinsik tisu tubuh yang mana ia menentukan jarak pergerakan yang boleh dicapai tanpa mengalami kecederaan pada sendi dan kumpulan sendi. Otot skeletal boleh diuji dengan dua jenis pengukuran biomekanik iaitu fleksibiliti statik dan fleksibiliti dinamik (Gleim & Mc Hugh, 1997). Fleksibiliti statik ialah pengukuran linear dan angular tahap sebenar pergerakan sendi atau sendi kompleks. Dalam kata lain, fleksibiliti statik ialah ukuran klinikal yang membawa maksud jumlah pergerakan pada sendi atau kumpulan sendi. Fleksibiliti dinamik pula bermaksud kadar peningkatan ketegangan dalam otot rehat semasa diregang. Ukuran fleksibiliti dinamik pada otot rehat diperlukan kerana ia dapat menentukan bagaimana pasif tegangan meningkat pada tahap jarak pergerakan dan menunjukkan yang otot mempunyai sifat viscoelastik ( daya dalam regangan bergantung kepada pemanjangan dan kadar regangan).
          Leighton (1955) telah menerbitkan satu ujian yang padat mengenai ujian fleksibiliti dengan menggunakan alat yang direka khas yang dinamakan ‘Leighton Flexometer’ . ia berfungsi untuk mengukur tahap fleksibilti sendi. Ahli terapi fizikal menggunakan alat yang serupa protaktor yang dinamakan ‘goniometer’ untuk mengukur fleksibiliti. Bagi para pengkaji di makmal pula, kaedah fotografi ‘slow-motion’ dan elektronik untuk mengukur fleksibiliti. Walaupun kaedah ini berkesan untuk mengukur fleksibiliti tetapi pelaburan wang dan masa mengehadkan penggunaannya di luar makmal (Baumgartner, 2003).
          Fleksibiliti selalu dianggap sebagai salah satu faktor am di dalam sesuatu kemahiran. Clarke (1967) menerangkan bahawa fleksibiliti sebagai satu komponen kemahiran motor. Harris (1969) membuat satu kajian analisis faktor untuk menentukan samada fleksibiliti adalah salah satu faktor am tersebut. Dua jenis ujian fleksibiliti digunakan dalam kajian beliau. Ujian yang pertama mengukur anggota tubuh dengan menggunakan hanya satu aksi sendi. Ujian yang kedua pula pengukuran komposit pergerakan yang memerlukan lebih dari satu aksi sendi atau lebih dari satu jenis aksi dalam satu sendi. Analisis menunjukkan banyak korelasi dalaman hampir kepada kosong yang mana ia lebih disifatkan sebagai spesifik daripada am. Faktor daripada analisis data ini menunjukkan tiga belas faktor perbezaan fleksibiliti. Harris membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti fleksibiliti merupakan satu faktor am.
          Penemuan Harris menunjukkan bahawa kita mesti berfikir dari aspek yang pelbagai dalam jenis fleksibiliti. Kita dengan mudah boleh mengenal kepentingan pelbagai jenis fleksibiliti dalam kemahiran motor. Jenis fleksibiliti yang spesifik dikembangkan dari semasa ke semasa dengan latihan dan praktis regangan yang spesifik mengikut kemahiran dan sukan masing-masing. Spesifisiti fleksibiliti seterusnya bermaksud kita tidak boleh menggunakan hanya satu ujian untuk mengukur pelbagai jenis fleksibiliti yang diperlukan untuk melakukan aksi kemahiran motor.
          Fleishman (1964) mengidentifikasi faktor yang dinamakan fleksibiliti dinamik (Dinamic Flexibility) meliputi keupayaan untuk mengubah arah tubuh badan secara berterusan dan berkesan. Guru pendidikan jasmani McCloy dan Young (1954) menggelar faktor ini sebagai “ketangkasan tidak meliputi larian”. Ujian ‘squat thrust’  dilapor digunakan untuk mengukur faktor ini dan dimasukkan di dalam manual kecergasan untuk mengukur ketangkasan. Ujian yang diguanakan ini sukar untuk distandardkan lalu membawa kepada kelemahan dari segi kebolehpercayaan dan mempunyai nilai persoalan.
          Kraus dan Raab (1961) mengatakan darjah fleksibiliti pada bahagian belakang badan dan kumpulan otot hamstring adalah diperlukan bagi mengelakkan sakit belakang. Kraus dan Hirschland (1954) menerbitkan bateri bagi ujian minimum kecergasan otot. Yang dinamakan sebagai ujian Kraus-Weber yang dikembangkan dalam klinik postur bagi diagnosis dan rawatan pesakit sakit belakang. Apabila sepuluh ujian ini digunakan di ribuan pelajar sekolah Amerika dan Eropah, kadar  kegagalan Amerika lebih tinggi berbanding Eropah. Ujian yang berdasarkan skor lulus-gagal akan diterangkan seterusnya.
Kepentingan komponen
          Tahap kelenturan yang baik dapat memberikan kebaikan kepada seseorang individu jika latihan dilakukan mengikut kaedah yang betul dan berkesan.
Antara faedah memiliki kelenturan yang baik:
1.    Meningkatkan prestasi dalam sukan
2.    Mengurangkan risiko kecederaan
3.    Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah
4.    Meningkatkan kualiti daya tahan, kekuatan dan ketangkasan
5.    Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja
6.    Mewujudkan rasa selamat dan selesa semasa melakukan aktiviti.
Jenis-jenis ujian
Nama ujian
Sit and reach test
Objektif
Menjangkau kehadapan semaksimum yang mungkin dengan menggunakan kotak jangkauan melunjur untuk mengukur fleksibiliti pada otot hamstring.
Peringkat umur
7 tahun keatas
Jantina
Lelaki dan perempuan
Kebolehpercayaan
Bergantung kepada bagaimana ketat ujian ini dilakukan dan tahap motivasi individu yang menjalani ujian ini.
Keesahan
Tidak dinyatakan
Peralatan
1.    Kotak jangkauan melunjur
2.    Borang skor
Prosedur
1.    Pelajar akan duduk di atas lantai (tanpa kasut) dan meletakkan kaki pada kotak jangkauan melunjur yang mana tapak kaki akan berada pada skala 23 sentimeter.
2.    Kaki dibuka seluas bahu dan satu tapak tangan diletakkan diatas tapak tangan sebelah supaya sama.
3.    Pelajar akan perlahan-lahan menjangkau ke arah hadapan sebanyak empat kali di atas papan ukuran (pastikan kaki dan tangan lurus) semaksimum yang mungkin.
4.    Ukuran diambil pada kali keempat pelajar menjangkau.
Pemberian skor
Skor diambil pada jarak maksimum jangkauan yang boleh dibuat dengan membundarkan kepada sentimeter terdekat
Nama ujian
Ujian V-sit reach
Objektif.
Menjangkau kehadapan dalam posisi kaki berbentuk ‘V’ sejauh yang mungkin untuk mengukur fleksibiliti otot Hamstring.
Peringkat umur
7 tahun ke atas
Jantina
Lelaki dan perempuan
Kebolehpercayaan
Bergantung kepada bagaimana ketat ujian ini dilakukan dan tahap motivasi individu yang menjalani ujian ini.
Keesahan
Tidak dinyatakan
Peralatan
1.    Pita pelekat
2.    Pembaris
Prosedur
1.    Satu garisan lurus sebagai ‘base’ ditanda dengan pita pelekat.
2.    Satu garisan ukuran ditanda menegak pada garisan base menjadikannya bentuk ‘t’
3.    Pelajar akan duduk tanpa kasut dan meletakkan tumit kaki pada garisan ‘base’ iaitu pada angka kosong. Kaki pelajar akan dibuka seluas 8 inci ke 12 inci.
4.    Pelajar akan cuba membuat jangkauan ke ke hadapan dengan kaki dan tangan lurus semaksimum yang mungkin.
5.    Lakukan selama empat kali dan ambil skor yang tertinggi yang boleh dijangkau selama tiga saat.
Pemberian skor
Skor melepasi garisan ‘base’ ialah positif, ‘+’ manakala skor dibelakang ‘base’ ialah negative ‘-‘. Sebagai contoh apabila pelajar tidak Berjaya menjangkau sehingga ke garisan base skor yang diperoleh -4 sentimeter begitu juga sebaliknya.

Nama ujian
Ujian fleksibiliti pergelangan kaki
objektif
Ujian ini bertujuan untuk mengukur tahap fleksibiliti pergelangan kaki
Peringkat umur
7 tahun ke atas.
Jantina
Lelaki dan perempuan
Kebolehpercayaan
Bergantung kepada bagaimana ketat ujian ini dilakukan dan tahap motivasi individu yang menjalani ujian ini.
Keesahan
Tidak dinyatakan
Peralatan.
1.    Pita pengukur.
2.    Pita pelekat.
Prosedur
Posisi permulaan
1.    Berdiri menghadap dinding.
2.    Tapak kaki keseluruhan menyentuh lantai.
3.    Letakkan keseluruhan badan ke dinding

Pergerakan
1.    Dengan perlahan-lahan undurkan kaki ke belakang sejauh yang mungkin.
2.    Pastikan keseluruhan tapak kaki mencecah lantai dan dada masih menyentuh dinding.
3.    Ulang sebanyak tiga kali dan rekodkan skor yang tertinggi.

Pemberian skor
Skor diberi berdasarkan jarak yang boleh dicapai dengan menggunakan sentimeter (sm) atau inci.





Data normatif
Penilaian
Lelaki
perempuan
inci
cm
inci
cm
Sangat baik
>34.90
88.89
>31.99
81.27
Baik
34.90-32.50
88.89 - 82.55
31.98-30.50
81.27 - 77.47
Sederhana
32.49 - 29.50
82.54 - 74.93
30.49 - 26.50
77.46 - 67.31
Kurang baik
29.49 - 26.50
74.92 - 67.31
26.49 - 24.25
67.30 - 61.60
Sangat kurang baik
<26.50
<67.31
<24.25
<61.60

Rujukan
             Baumgarter, T. A, Jackson, A. S, Mahar, M. T, Rowe, D. A. 2003. Measurement for Evaluation in Physical Education & Exercise Science. 7th edition. McGrow-Hill company. New York.
             Knudson, D. V, Peter Magnusson, Malachy McHugh. 2000. Current Issues in Flexibility Fitness. President’s cpuncil on Physical Fitness and Sport, Research Digest. June 2000. Series 3. No. 10.

Tuesday, August 24, 2010