Sunday, October 31, 2010

Dinamika kumpulan

Pengenalan
Dinamika kumpulan ialah kajian atau pembelajaran mengenai kumpulan. Ia juga bermaksud pemprosesan sesebuah kumpulan. Releven dengan bidang psikologi, sosiologi dan pembelajaran komunikasi, sesebuah kumpulan terdiri daripada dua atau lebih individu yang berkait antara satu sama lain oleh hubungan sosial. Oleh sebab mereka ini berinteraksi dan terpengaruh antara satu sama lain, kumpulan membentuk satu jumlah proses dinamik yang membahagikan mereka dari koleksi rawak seseorang individu. Proses ini termsuklah norma, peranan, hubungan, perkembangan,pengaruh sosial, memerlukan antara satu sama lain dan kesan kepada sikap dan perangai. Kumpulan dinamik ini secara utamanya mengambil tahu corak sikap sesebuah kumpulan kecil. Sebuah kumpulan boleh diklasifikasikan sebagai agreget, primari, secondari dan kumpulan kategori.
Di dalam perkembangan organisasi (OD), atau dinamika kumpulan, perkataan ‘group process’ ,merujuk kepada pemahaman sikap individu di dalam kumpulan tersebut seperti tugasan kumpulan, yang cuba untuk menyelesaikan sesebuah masalah atau membuat keputusan. Individu yang mahir di dalam proses kumpulan seperti fasilitator terlatih dapat membantu sesebuah kumpulan dala mencapai objektif dengan meneliti bagaimana kumpulan tersebut berfungsi dalam menyelesaikan masalah atau membuat keputusan dan menilai setiap sikap individu di dalam kumpulan tersebut.
Oleh sebab orang berkumpul bagi tujuan selain dari menyelesaikan tugas, proses kumpulan berlaku dengan cara lain seperti perkembangan personal kumpulan seperti kumpulan belajar, kumpulan sembahyang dan kumpulan penentang. Dalam sesetangah kes, individu yang berkemahiran dalam proses kumpulan dapat membantu kumpulan tersebut sebagai fasilitator.
Satu kajian telah dibuat namun kurang diketengahkan oleh pekerja kumpulan professional ialah status sosial seseorang di dalam sesebuah kumpulan. Sebagai contoh senior atau junior. Ketua kumpulan atau fasilitator biasanya mempunyai pengaruh yang kuat di dalam sesebuah kumpulan kerana peranannya dalam membentuk nilai sesebauh kumpulan. Pengaruh ini turut dipengaruhi oleh jantina, kaum, agama, pendapatan, penampilan dan personaliti begitu juga dengan struktur organisasi dan juga pelbagai faktor lain.













Sejarah Dinamika Kumpulan
Kajian dan pembelajaran sikap sesebuah kumpulan kecil ialah perkembangan moden yang relatif. Ini kerana ia adalah satu subdisiplin di dalam psikologi sosial yang mana ia hanya boleh diketahui sebagai satu cabang dari sosiologi atau psikologi di awal abad ke-20.
Kajian dan penulisan awal di dalam psikologi mengutamakan sikap kumpulan yang besar dan tidak teratur. Antara buku terbitan awal pada ketika itu termasuklah buku Gustave Le Bon (1841-1931) The crowd: A study of the popular mind (1896), Wilfred Trotter (1872-1939), instinct of the the herd in peace and war (1916) dan William McDouglas (1871-1938) The group mind (1920). Ketiga-tiga penulisan ini berkaitan dengan masyarakat dan kumpulan dalam keadaan yang tidak terurus terutamanya semasa tempoh kejatuhan tamadun dan penentangan sosial seperti revolusi perancis dan perang dunia pertama. Kumpulan organisasi yang di kaji pada ketika itu ialah tentera dan gereja.
Namun tidak lama selepas itu fokus kajian bertukar ke kumpulan yang lebih kecil dengan meningkatnya pergerakan psikoanalitik. Sigmund Freud’s Group Psychology and the analysis of the Ego (1922) menjadi salah satu penulisan yang mengkritik karya Le Bon dan mengutarakan satu teori baru mengenai sikap kumpulan kecil. Wilfred Bion (1897-1979) juga mengkaji kumpulan daripada prespektif psikoanalitik yang lebih dipengaruhi oleh Trotter. Banyak penemuan Bion dilapor di dalam buku terbitannya terutamanya Experience in Group. Semasa beliau berkerja di Travistok Institue, Bion mencipta satu teori bahawa corak sikap tanpa sedar membawa kumpulan kecil berfungsi dan tersusun.


Bagaimana terma dinamika kumpulan wujud?
Kurt Lewin (1890-1947), seorang ahli psikologi antara yang pertama yang fokus kepada satu kumpulan kecil dan mencipta group dynamics untuk menunjukkan bagaimana sesebuah kumoulan bergerak dalam mem mengubah keadaan. Lewin menubuhkan pusat kajian yang pertama di dunia bagi dinamika kumpulan (RCGD) di Universiti Teknologi Massachusetts pada 1945. Pusat tersebut seterusnya dipindah ke Universiti Michigan. Lewin sangat berminat dalam proses yang mempengaruhi individu dalam pelbagai cara situasi kumpulan. Beliau seterusnya fokus kepada produktiviti dan komunikasi kumpulan, persepsi sosial, hubungan dalam kumpulan dan keahlian kumpulan, kepimpinan dan pembaikan fungsian kumpulan melalui latihan sensitivity (T-groups)
Dimensi dalam proses kumpulan
aspek dalam proses kumpulan termasuklah:
• Corak komunikasi dan koordinasi
• Corak pengaruh
• Hubungan dan peranan
• Corak dominasi
• Fokus tugasan vs fokus sosial
• Tahap keberkesanan kumpulan
• Bagaimana konflik ditangani
• Keadaan emosi kumpulan sebagai suatu yang menyeluruh.
Kumpulan dan individu berkumpul bersama untuk mencapai objektif samada sebagai satu komiti atau perkumpulan lain, melalui beberapa tahap yang boleh dijangkakan sebelum sesuatu kerja boleh dilakukan. Tahap-tahap ini adalah fungsi nombor tidak kurang juga yang mana ia adalah mengenalpasti diri sebagai peranan setiap ahli yang ingin bermain, menjadi pemimpin yang baik dan individu yang berkhidmat sebagai sumber informasi. Sesiapa individu di dalam jawatan kepimpinan perlu melibatkan diri dalam membuat ahli kumpulan untuk berkerjasama untuk menyelesaikan objektif kumpulan
Terdapat pelbagai teori perkembangan kumpulan. Model di bawah menggabungkan element teori oleh Jones (1973), Tuckman (1965) dan Banet (1976). Di dalam model ini, setiap fasa perkembangan kumpulan dengan rasa hormat dari ahli kumpulan yang lain melalui tugas dan fungsi hubungan peribadi
Phase Task Functions Personal Relations Functions
1 Orientation Testing and Dependence
2 Organizing to Get Work Done Intragroup Conflict
3 Information-flow Group Cohesion
4 Problem-solving Interdependence




Jenis Jenis Aktiviti Dinamika Kumpulan
Di dalam pendidikan luar, dinamika kumpulan ini boleh menjadi satu aktiviti yang perlu ada semasa menjalankan aktiviti pendidikan luar.Latihan dinamika kumpulan membentuk satu ikatan dan kemahiran menyelesaikan masalah, dan merangsang kolaborasi dan kretiviti. Aktiviti-aktiviti ini biasanya bermula dengan pendahuluan oleh fasilitator yang menyediakan satu masalah atau cabaran bagi kumplan tersebut untuk menyelesaikannya. Mungkin sesetengah ahli cergas dari segi fizikal manakala selebihnya mungkin mempunyai idea yang baik. Aktiviti ini perlulah seronok di samping memberi pengalaman dalam membentuk kerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Beberapa idea dalam aktiviti dinamika kumpulan yang boleh digunakan dijelaskan di bawah.
Wayward Whisper
Objektif : untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses komunikasi terutamanya bagaimana suatu mesej itu disampaikan ada menunjukkan bagaimana komunikasi boleh menjadi lebih efektif.
Masa : 10 minit
Langkah :
1) Para peserta membentuk dua kumpulan dengan mengira nombor 1 dan 2.
2) Setiap kumpulan(no.1 dan no.2) berbaris.
3) Wakil dari setiap kumpulan pergi mendapatkan mesej dari fasilitator secara senyap (fasilitator hanya boleh menyampaikan hanya satu mesej sahaja).
4) Wakil dari setiap kumpulan kembali ke kumpulan masing-masing dan membisikkan mesej yang mereka dapt dari fasilitator tersebut ke ahli dalam barisan. Mereka hanya dibenarkan membisik hanya sekali sahaja. Individu tersebut akan membisikkan mesej yang dia dapat tadi ke individu disebelahnya pula sehingga mesej tersebut sampai ke rang yang terakhir.
5) Apabila mesej tersebut sampai ke ahli yang terakhir, ahli tersebut akan akan membawa balik mesej tersebut ke fasilitator. Apabila kedua-dua kumpulan tersebut sudah siap, fasilitator akan bertanya kepada ahli terakhir apakah mesej tersebut.
Perbincangan: Bagaimana mesej tersebut boleh berubah apabila ia di hantar dari satu individu ke individu yang lain? Apakah kelemahan individu semasa menghantar mesej tersebut?bagaimanakan komunikasi dapat menjadi lebih baik dan efektif?
Sumber : collection of Games and Group Dinamics Simulation, Indonesia National IPM Program.
Dengar dan pukul
Objektif : meningkatkan kesedaran tentang berkerjasama dan komuniksi antara satu sama lain.
Bahan : penutup mata, bola, kayu.
Langkah :
1) Tutup mata seorang ahli kumpulan. Dengan menggunakan arahan dari ahli kumpulan yang lain, ahli yang ditutup mata berjalan dari garisan permulaan ke arah bola yang digantung dan pukul bola tersebut.
2) Biar semua ahli cuba lakukannya.
Perbincangan : mengapakah kita tidak dapt lakukan satu kerja yang senang apabila mata kita ditutup? Bagaimana kita cuba menyelesaikannya? Apakah pengajaran yang kita dapat dari aktiviti ini?

Sayang Si Buta

Objektif :
1) Memberi pengalaman kepada peserta bagaimana menjadi seorang yang hilang daya pernglihatan.
2) Meningkatkan kesedaran mengenai pertolongan kepada orang yang memerlukan.
3) Untuk meningkatkan pemahaman tentang keperluan menjadi fasilitator yang baik.
Bahan : penutup mata
Masa : 15 minit.
Langkah :
1) Arah para peseta untuk berpasangan dan seterusnya ikat penutup mata pasangan masing-masing supaya mereka tidak nampak.
2) Peserta yang tidak ditutup matanya meminpin pasangan masing-masing yang bertutup mata selama 5-7 minit.
Perbincangan :
Bagaimanakan menjadi seorang yang buta? Bagaimana perasaan anda apabila seseorang memimpin anda ketita anda tidak berdaya melihat? percayakah anda dengan pasangan anda? mengapa? Adakah anda diperbodohkan?
Bagaimana pula rasanya apabila anda yang memimpin orang lain? Adakah anda ikhlas untuk menolongnya? Adakah anda berusaha membantunya? Adakah anda memberitahu keadaan sekeliling untuk membantu rakan anda semasa berjalan?
Daripada jawapan yang diberikan kesimpulan awal dapat dibuat berkaitan dengan sikap kepimpinan dan fasilitasi anda.
Fasilitator yang baik:
1. Tidak meninggalkan ahli kumpulannya bersendirian
2. Tidak memaksa mengilkut pelan sendiri
3. Beri masa untuk menerangkan, membantu dan tidak pentingkan diri sendiri.
4. Bertindak mengikut kemampaun kumpulan yang dibimbing.
5. Sentiasa focus dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan oleh kumpulan.
Bahan : enam keeping kertas bersaiz A4 yang bertulis senrai barang yang ingin dikumpul.
Sebagai contoh senarai:
• Beg plastik hitam
• Topi
• Kasut wanita
• Sarung tangan
• Berus
• Stoking
• Ranting pokok mati
• Akar.
Masa : 10 minit.
Langkah :
1. Arah peserta untuk membahagikan mereka kepada pasukan yang sama banyak. (5-6 orang)
2. Terangkan kepada mereka setiap pasukan diberi senarai item yang perlu mereka cari dan mereka akan bertanding untuk pasukan mana yang akan Berjaya mencari kesemua item yang disenaraikan. Pasukan diberi masa lebih kurang 10 minit.
3. Bagi senarai item kepada mereka dan mulakan masa pencarian.
4. Selepas kesemua pasukan selesai, periksa setip item tersebut samada mereka Berjaya mencari item yang disenaraikan. Markah lebih diberkan kepada pasukan yang Berjaya menunjukkan kretiviti mereka. Pasaukan yang pantas dan kreatif akan menang.
Perbincangan:
Apakah strategi yang digunakan oleh pasukan untuk membahagikan tugas dalam operasi mencari tersebut? Apakah yang berkesan dan apakah yang tidak berkesan? Apakah yang boleh dipelajari dari aktiviti ini?
Mari ikut saya
Objektif : untuk bersuka ria dan relaksasi.
Masa : 10 minit
Langkah :
1. Fasilitator akan memberikan arahan kepada peserta untuk berdiri dan meniru gaya yang dibuat.
2. Fasilitotor kemudiannya mengangkat tangan ke hadapan dan bertepuk tangan, mula-mula perlahan dan seterusnya semakin laju sehingga semua peserta bertetuk tangan secara sendiri. Selepas itu berhentu bertepuk tangan dengan tiba-tiba. Kira berapa peserta yang masih bertepuk tangan. Fasilitator boleh menggunakan aktiviti yang lain.
Perbincangan :
Mengapa sesetengah peserta masih bertepuk tangan walaupun orang yang ditiru sudah berhenti. Mengapa mereka tidak dapat meniru dengan betul? Apakah yang dapat kita pelajari dari aktiviti ini?
Kenali diri
Objektif :untuk menunjukkan bagaimana kita memerhati perincian diri rakan.
Masa : 5 minit
Langkah :
1. Arah peserta untuk berpasangan.
2. Salah seorang akan menutup mata. Selepas itu beritahu secara terperinci tentang diri pasangan anda(contoh wana pakaian, corak baju, warna kulit). Apabila siap pasangan yang mendengar tadi member markah kepada rakan yang menutup mata tadi dari 0-10.
Perbincangan : apakah yang boleh dipelajari oleh peserta? Adakah anda peka dengan persekitaran anda? Bagaimana kita dapat meningkatkan kemahiran pemerhatian kita?

Kesimpulan
Di dalam pendidikan luar, aspek fizikal dan mental bukan menjadi aspek utama di dalam pembelajaran pendidikan luar tetapi juga menjadi melatih seseorang itu bekerjasama, bersatu hati, berpasukan dan latihan dinamika kumpulan ini boleh menjadi satu pembelajaran yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berguna pada masa hadapan. Seperti kata pepatah orang melayu ‘bersatu kita teguh bercerai kita roboh.