Di dalam dunia yang semakin canggih sekarang, kemampuan manusia untuk berkomunikasi bukan sekadar setakat di kalangan kolompok kecil sahaja malah juga ia menjadi satu rangkaian global. namun begitu terdapat sebilangan individu yang memanupilasikan saluaran ini.
Dalam bidang ICT terutamanya berlaku kes-kes yang kurang disenangi oleh masyarakat dalam penyalahgunaannya. antara contoh yang negatif ialah wujud laman web yang berbaur hasutan. ini boleh mengancam keselamtan negara. sebagai sebuah negara yang makmur dan berbilang kaum, kita telah mengharungi pelbagai cabaran sejak dari penubuhan tanah melayu. adakah kita mahu menghadapi peristiwa 13 mei sekali lagi? sudah tentu tidak. penyalahgunaan ICT yang paling ketara selain dari yang baru disebutkan itu ialah wujudnya unsur-unsur lucah, sindiket penipuan dan pergaulan yang menjadi tidak terbatas melalui laman web sosial.
Di malaysia misalnya, kita perlu menanam etika-etika yang baik dalam menggunakan teknologi ICT.
Pertama sekali ialah tidak menggunakan teknologi ICT untuk merosakkan orang lain. apabila mengambil kira aspek sukan, kita seharusnya sentiasa menyokong setiap persembahan yang diberikan oleh atlet negara walaupun mereka gagal dalam memugut sebarang mara atau pingat. bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi media massa di Malaysia hanya suka menyiram minyak tanah ka api. walhal sebelum ini atlet tersebut disanjung dan diangkat.
Keduanya ialah tidak menggunakan sumber yang ditulis atau idea dari orang lain. apa yang berlaku sekarang terutamanya pelajar yang bergelar mahasiswa. bagaimana lah kita dapat memajukan diri sendiri apabila kita tidak bekerja keras untuk mendapatkan idea atau sumber yang kita keluarkan sendiri.
ketiganya ialah tidak memusnahkan kerja yang melibatkan komputer orang lain.
virus komputer adalah kecil tapi boleh menghancurkan kerja komputer orang lain dengan memusnahkan fail, memaparkan mesej yang mengganggu ketenteraman pengguna dan sebagainya. membina atau menyebarkan virus adalah tidak beretika.
seterusnya tidak membaca atau membuka fail orang lain. ini kerana membuka atau membaca mel elektronik orang lain sama seperti kita tidak menghormati hak orang lain.
Tidak menggunakan komputer untuk mencuri. dengan menggunakan komputer dengan tujuan memindahkan duit daripada akaun syarikat atau bank tanpa hak adalah sama seperti merompak. banyak kes yang melibatkan jenayah komputer yang dikaitkan dengan mencuri contohnya memasuki sistem kewangan orang lain yang terdapat di dalam web.
Tidak menggunakan komputer untuk menyebarkan cerita palsu dan berunsur fitnah. Ini kerana internet dapat menyebarkan berita benar dan palsu dengan cepat. menyebarkan cerita palsu di internet boleh menyebarkan pelbagai kesan buruk seperti huru-hura. Ia juga dapat menjajaskan hubungan antara komuniti dan masyarakat atau dunia seperti yang berlaku antara indonesia dan Malaysia.
Antara etika yang dalam ICT yang lain ialah tidak dibenarkan menyalin perisian yang kita tidak bayar.perisian adalah produk yang melibatkan harta intelek. kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalin perisian tanpa membayar usaha melahirkan perisian tersebut. ini juga boleh dikatakan sebagai cetak rompak. Di malaysia seseorang yang terlibat dengan jenayah cetak rompak boleh dikenakan tidakan undang-undang seperti akta hak cipta 1987.
Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa mendapat kebenaran
sistem yang melibatkan ramai pengguna menggunakan id(login) pengguna dan kata laluan untuk memastikan keselamatan sistem tersebut. memecah masuk sistem atau aras yang tidak dibenarkan adalah tidak beretika.
Tidak mengambil hasil kerja orang lain kerana mengambil hasil kerja orang lain tanpa kebenaran yang sah adalah sama seperti mencetak rompak perisian dan ini juga termasuk tidak beretika. Hakcipta intelek adalah kepunyaan individu dan ianya dilindungi dibawah undang-undang hakcipta.
kita juga perlu memikirkan kesan sosial pada program yang kita bina
apabila membina sesuatu program kita harus memikirkan dan mempertimbangkan kesan sosial kandungan program kepada kanak-kanak dan orang lain atau sesuatu kaum.
Menggunakan komputer dengan menunjukkan rasa prihatin dan menghormati apabila kita berada di tempat awam dan berkomunikasi dalam komputer kita perlu menghormati dan berbaik dengan tetamu walaupun kita tidak dapat melihat mereka.
No comments:
Post a Comment